Thursday, February 16, 2012

Assalammualaikum...
dah lama rasanya aku tak bukak blog aku ni. Aku busy dengan tanggung jawab aku sebagai seorang studet nurse. Tahun 2011 banyak meninggalkan kesan dalam hidup aku. Banyak situasi manis dan pahit yang dah aku lalui sepanjang tahun 2011. Yang paling mengejutkan aku, aku dah kehilangan seseorang yang paling aku sayangi dalam hidup aku. Arwah mak tok aku dah pergi meninggalkan aku satu family masa semua umat Islam masih di dalam mood raya Aidilfitri. Tanggal 8 Oktober 2011 akan sentiasa aku semat dalam hati aku ni. Alhamdullillah, aku redha dengan pemergian mak tok sebab aku tahu mak tok pergi ke tempat yg lebih baik..kembali kepada Allah swt Yang Amat Mengasihani. Cuma aku terkilan sebab di saat mak tok menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku tiada disisinya. Hanya Allah yang mengetahui betapa terkejutnya aku saat aku diberitahu oleh bapa saudaraku tentang berita sedih ni. Aku bersyukur kepada Allah kerana pemergian mak tok ada rahmatnya. Mama Long sekeluarga yang selama ni menjauhkan diri dari kami telah kembali ke pangkuan kami semula. Segala salah faham yg berlaku dulu telah pun terlerai. Aku cuma risaukan ayahwan aku sebab aku tahu pemergian mak tok pasti meninggalkan kesan yang amat dalam baginya. Aku cuma boleh berdoa dan sentiasa memberi sokongan emosi kepada ayahwan agar dia tabah dan redha dengan ketentuan ini.
Buat mak tok, along sayangkan mak tok sepenuh hati along. Along rindukan mak tok sangat2. Along doakan agar roh mak tok sentiasa dicucuri rahmat Allah swt dan akan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Along janji dengan mak tok, along akan belajar bersungguh-sungguh dan along jugak akan jaga ayahwan bagi pihak maktok. along sayang maktok sangat2...

Monday, September 13, 2010

Aidilfitri 2010

Aidilfitri 2010 banyak meninggalkan kenangan buatku. Baik kenangan manis mahupun kenangan pahit. Tahun ini merupakan tahun pertama aku merayakan Aidilfitri bersama teman baikku, Lady Indira Diane Wolf Samudra Hendricks @ Nur Aleesya Balqis. Seronok sangat rasanya dapat meraikan lebaran yang mulia ini bersama Indira, keluarga serta orang yang tersayang.Tambahan pula, tahun ini merupakan tahun pertama Indira menyambut kedatangan bulan Syawal sebagai seorang Muslim. Aku turut bergembira bagi pihak Indira.

Berlainan pula dengan kejadian yang hampir-hampir meragut kegembiraan kami menyambut Syawal. Awal pagi 1 Syawal itu, aku dikejutkan oleh mama, tapi kali kedua aku dikejutkan baru aku benar-benar terjaga. Aku mendengar suara tangisan Maktok di dapur. Ayahwan tidak sedarkan diri. Nadinya masih kuat. Ambulans tiba dan paramedik mengesahkan Ayahwan mengalami Hypoglycaemic Attack. Ayahwan dimasukkan ke wad pagi itu juga. Terima kasih Ayahwan sebab dah hampir 21 tahun Along hidup, masa itulah merupakan kali pertama aku berpeluang menaiki ambulans.hehe..XD

Aidilfitri 2010 kali ini bayak mengajar aku tentang ketabahan dan kesabaran, mengajar aku untuk redha dengan segala ketentuan Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Hyda Aqma

Monday, August 23, 2010

Hati Seorang Anak....

Baru hari ni aku mula perasan yang rupanya wujud juga seorang anak yang akan sentiasa cuba untuk memenuhi impian seorang ibu atau bapa. Aku pernah melalui perkara sebegini dan aku cukup memahami perasaan mereka yang terpaksa membuat keputusan untuk diri sendiri tapi dibayangi oleh keputusan kedua-dua orang tua kita. Namun, aku sedar. Keputusan tidak pernah akan menjamin kebahagiaan walaupun ada sesetengah daripadanya tidak langsung keberatan.

Persoalannya, tegakah hati seorang anak untuk menghampakan hati ibu bapa mereka? Sanggupkah anak itu berkorban untuk memenuhi apa yang diimpikan oleh ibu bapa mereka? Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu apakah jawapanya...